Baginda tiba di kediaman keluarga kanak-kanak tersebut pada pukul 9 malam, beberapa minit selepas ketibaan jenazah mangsa.

Raja Zarith Sofiah meluangkan masa hampir 45 minit membaca Surah Yasin serta bertemu dengan kedua ibu bapa Nurul Ain, Sajali Ninmat dan Nurin Abdullah.

Jenazah Nurul Ain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pertanian selepas selesai solat Isyak malam ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor menzahirkan rasa sedih atas tragedi yang menimpa kanak-kanak itu dan kedua-duanya turut berkongsi kesedihan.

Akhbar hari ini melaporkan, Nurul Ain lemas semasa bermain air dengan dua beradiknya dan difahamkan kanak-kanak itu pergi ke pantai bersama-sama ibu bapa dan ahli keluarga lain dan kehilangannya disedari keluarga kira-kira pukul 3 petang semalam.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan ditemukan terapung-apung oleh orang awam pukul 4.32 petang ini kira-kira 100 meter dari tempat kanak-kanak itu dilaporkan lemas. - UTUSAN ONLINE