Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, CIMB Mozek merupakan program perkhemahan sempena cuti sekolah melibatkan murid sekolah kebangsaan dan pelajar sekolah menengah.

“CIMB Mozek merupakan inisiatif yang menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman budaya yang terdapat dalam negara ini.

“Bagi menjayakan matlamat program ini, peserta terlibat terdiri daripada murid dan pelajar berbilang latar belakang,” katanya pada Majlis Pelancaran CIMB Mozek di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Scientex, di sini sebentar tadi.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyempurnakan majlis itu. - UTUSAN ONLINE