Pelancaran syiling itu disempurnakan Seri Paduka sambil disaksikan Yang Dipertua persatuan berkenaan, Datin Seri Rosmah Mansor serta hampir 1,000 ahlinya dari seluruh negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di sini. 

Menurut kenyataan dikeluarkan BNM, syiling tersebut dikeluarkan bagi memperingati komitmen persatuan itu dalam melahirkan wanita berkaliber, berpengetahuan serta berkemahiran di sepanjang penubuhannya. 

Terdahulu, Seri Paduka merasmikan mesyuarat agung tahunan persatuan tersebut serta menyampaikan anugerah Paduka Srikandi kepada Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. - UTUSAN ONLINE