Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penekanan terhadap aspek itu perlu bagi memastikan sektor pelancongan di negara ini selamat untuk pelancong dalam dan luar negara.

"Ini kerana buat waktu ini, tiada penekanan khusus dibuat berhubung KKP bagi sektor pelancongan.

"Jika setiap pihak yang terlibat mengambil berat perkara ini, pastinya langkah proaktif akan diambil untuk mengelakkan berlaku sebarang kemalangan membabitkan pekerja dan pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Seminar Kesedaran KKP Dalam Sektor Pelancongan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE