Aktivis Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu kenyataan berkata, bantuan juga sebaliknya perlu diberikan kepada golongan pertengahan (M40) yang turut terbeban dengan kos sara hidup semakin tinggi.

Malah katanya, kerajaan harus memastikan semua bentuk bantuan dapat disampaikan kepada golongan sasar secara adil termasuk kumpulan M40 yang mempunyai bilangan anak lebih ramai berbanding golongan B40 dengan jumlah isi rumah sedikit.

“Untuk membantu kumpulan M40 dan B40, kerajaan perlu menangani isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat, terutamanya kenaikan kos sara hidup termasuk harga makanan. 

“Usaha untuk menangani kenaikan harga mesti melibatkan semua pihak dalam rantaian bekalan- dari pengeluar dan pembekal kepada pemborong dan peruncit,” katanya di sini hari ini. UTUSAN ONLINE