Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat bertitah, kerjasama menyelesaikan ancaman itu akan membuahkan hasil yang lebih baik menerusi diplomasi ketenteraan dan perkongsian maklumat risikan.


“Meskipun kita sedar setiap negara amat menjaga kepentingan masing-masing, namun semua pihak tidak seharusnya enggan berkongsi maklumat berharga untuk menyelesaikan ancaman gerakan radikal dan keganasan yang memanfaatkan ruang-ruang kelemahan kita.


“Marilah kita berusaha dan bekerjasama untuk dunia yang lebih selamat,” titah baginda ketika menyempurnakan perasmian Rundingan Meja Bulat Panglima-Panglima Tentera Darat bersempena dengan Pameran Perkhidmatan Asia (DSA) 2018 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini - UTUSAN ONLINE