Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Mohammad Rizan Hassan berkata, perkongsian awam-swasta (Public-Private Partnership-3P) telah mengambil peranan utama dalam TVET di beberapa negara dengan membekalkan perkhidmatan yang kerajaan tidak dapat sediakan atau tidak berkesan dalam menyampaikannya.

“TVET terlalu mahal untuk kerajaan menyediakan segala kelengkapan terkini. Dengan sendirinya konsep 3P ini sangat relevan dan realistik kerana mampu berfungsi dengan baik walaupun ada pihak yang keberatan untuk menerimanya. Industri mempunyai tanggungjawab untuk melatih dan menaik taraf pekerja mereka sendiri.

“Pelaksanaan konsep 3P adalah pilihan yang menarik untuk perkembangan masa depan sektor latihan kemahiran TVET. Pendekatan tersebut secara langsung memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk tenaga kerja mahir dan boleh disesuaikan di peringkat tenaga kerja bertaraf juruteknik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE