Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya ketika ini sedang menunggu surat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Perkhidmatan Timbalan Ketua Polis Negara akan disambung selama setahun. Kita sedang menunggu surat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2017 di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. tidak perlu mengambil cuti atau digantung tugas berikutan desakan pihak-pihak tertentu.

Katanya, Wan Ahmad Najmuddin telah memberi penjelasan sepenuhnya berkaitan isu akaun bank di Australia.

“Wan Ahmad Najmuddin perlu kekal di situ dan tidak perlu baginya untuk mengambil cuti,” katanya. - UTUSAN ONLINE