Portal Malaysiakini memetik sumber sebagai berkata, tempoh perkhidmatan Madinah akan berakhir pada 22 Februari ini, selepas dua tahun memegang jawatan tersebut.

Menurut laporan itu, sumber turut mendedahkan bahawa majlis penghargaan akan diadakan pada malam tarikh tersebut bagi menghargai sumbangan Madinah sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Madinah dilantik sebagai Ketua Audit Negara bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa pada 23 Februari 2017.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan itu dilantik menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang tamat tempoh perkhidmatan pada 22 Februari 2017. - UTUSAN ONLINE.