Antara syarat yang ditetapkan adalah semua pemandu e-hailing perlu mendapatkan lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV), membuat pemeriksaan kesihatan, saringan rekod jenayah serta pemeriksaan kenderaan melalui Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua syarikat yang mengendalikan perkhidmatan e-hailing diberikan tempoh moratorium selama setahun bagi melaksanakan semua peraturan yang ditetapkan.

"Setelah mendengar pelbagai keluhan pemandu teksi dan pemandu e-hailing, SPAD telah merangka perundangan dan syarat-syarat yang akan dikenakan kepada perniagaan penghantaran dan pemandu e-hailing," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE