"Kita akan menghantar pasukan yang besar kira-kira 500 kakitangan dari Perkeso untuk mengesan mereka yang tidak pernah berdaftar atau tidak pernah mencarum untuk pekerja mereka.

"Oleh itu, datanglah kepada Perkeso dan kita akan membantu. Kita mahukan keterlibatan semua majikan dan menjadi mesra perniagaan. Ada perusahaan yang bermasalah, kita faham tetapi itu bukanlah satu alasan kerana kebajikan pekerja tidak boleh dikompromi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan cek faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 kepada balu Allahyarham Shuaib K.K. Mohamed Unny, Rozaini Ibrahim di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE