JOHN RIBA MARIN
JOHN RIBA MARIN

Katanya, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan pembayaran berbanding tahun 2015, yang membabitkan sejumlah RM2.7 bilion manakala pampasan akibat kemalangan penyakit yang tidak berjangkit pada tahun ini melibatkan RM731 juta.

"Kita dapati pembayaran faedah Perkeso meningkat setiap tahun. Sebab itu kita mengadakan program ini bersama Epic bagi memberi kesedaran kepada pekerja tentang kemalangan penyakit yang tidak berjangkit ini (kemalangan motosikal) dapat ditegah.

"Kita khuatir ramai rakyat terlibat dengan kemalangan dan kesengsaraan itu ditanggung keluarga, mangsa sendiri, syarikat-syarikat yang mengambil mereka bekerja.

"Jika sekiranya mereka ini hilang pekerjaan, meninggal dunia dan sebagainya, semua pihak akan rugi," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas perasmian program Perkeso Prihatin bersama Epic Berhad yang dirasmikan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Epic Wan Shukri Mohamad di sini hari ini.

John Riba berkata, trend kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja juga didapati semakin meningkat iaitu sebanyak 31,000 pada tahun lepas berbanding sebanyak 28,879 pada 2015.

"Sebaik sahaja kami menerima berita kemalangan pekerja melalui media massa, televisyen atau lain-lain maklumat, kita akan terus menjejaki mangsa untuk membantu mempropses pampasan.

"Kebiasaan apabila kemalangan berlaku ke atas suami, isteri mereka tidak tahu untuk menghubungi Perkeso. Tetapi dengan Perkeso Prihatin, kita sendiri akan pergi ke kediaman mereka bagi membantu menguruskan pampasan," katanya.

Tambahnya, pada 1 April ini Perkeso akan melancarkan Op-Kesan bagi mengesan majikan-majikan yang tidak mendaftar perusahaan dan pekerja mereka dengan Perkeso.

Sementara itu, Wan Shukri berkata Epic sentiasa menjaga kebajikan 1,200 pekerja dan membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan, hilang upaya dan pencen elat, malah tahun lepas sebanyak 20 tuntutan telah dibuat oleh Epic.

"Kolobrasi bersama Perkeso ini memberi pendedahan dan membuka minda pekerja bahawa ia memberi kebaikan untuk jangka panjang," katanya. - BERNAMA