Pengarah Perkeso, Nora Yaacob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 844 penerima melibatkan faedah Hilang Upaya Sementara (HUS); Hilang Upaya Kekal (HUK) 234 ; Faedah Orang Tanggungan (FOT),29 ; ILAT 281; Penangkat (PKT) 314 dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) 652 penerima.

“Pihak kami sentiasa meluaskan jaringan keselamtan sosial serta sentiasa meluaskan faedah untuk diberikan kepada pencarum di seluruh negeri.

“Pada tahun lepas pula, kita telah luaskan dengan pelaksanaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), di mana kita akan membantu rakyat ataupun pencarum yang kehilangan pekerjaan supaya mendapat pekerjaan baharu.

SEBAHAGIAN peserta yang hadir dalam Program Mini Karnival Kerjaya di Pejabat Perkeso negeri Kelantan

SEBAHAGIAN peserta yang hadir dalam Program Mini Karnival Kerjaya di Pejabat Perkeso negeri Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ PEMBERITA NURAIKHA SHARIPUL BAHARI

“Kita lihat di negeri ini, ramai orang yang diberhentikan kerja disebabkan beberapa kekangan. Bermula Januari hingga Mac tahun ini, kita telah merekodkan seramai 180 pencarum yang kehilangan pekerjaan namun 113 permohonan telah dibayar dengan jumlah keseluruhan RM181,586.24,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Mini Karnival Kerjaya di Pejabat Perkeso negeri Kelantan di sini hari ini.

Program turut dimeriahkan dengan penyampaian faedah penuh SIP kepada dua penerima.

Sementara itu, Nora berkata, program yang julung kali diadakan itu menawarkan lebih 140 kekosongan jawatan yang merangkumi pelbagai jawatan melibatkan lima majikan utama iaitu Agensi Pekerjaan IRC; Muqmeen Group; Citylink Express Malaysia Sdn Bhd; Qfifamous Empire dan Koperasi Kenderaan Ros Kelantan Berhad.

“Tujuan utama kita adalah untuk membantu orang berinsurans dan orang mencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan secara terus selepas lulus dalam sessi temuduga khususnya bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Antara jawatan yang ditawarkan adalah Pegawai Akaun, Pegawai Sumber Manusia, Juruteknik, Pakar Pengeluaran Despect, Operation Warehouse, Eksekutif Kewangan dan Pegawai Pemasaran,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya menyeru kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan supaya tidak terus berputus asa dan dijemput hadir berjumpa kumpulan SIP di Perkeso untuk sama-sama mendapatkan pekerjaan baharu mengikut kelayakan masing-masing.

“Kebanyakkan pekerja yang kehilangan pekerjaan adalah melibatkan sektor perkilangan, pembuatan dan peruncitan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE