Mohammed Azman

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, tujuan penubuhan pusat tersebut adalah bagi memulihkan semula pesakit yang merupakan pencarum Perkeso untuk mampu bergerak seperti biasa, sama dengan pekerja lain.

“Pusat ini adalah untuk mereka yang mencarum dengan Perkeso yang dikenal pasti mengalami kecederaan sehingga sukar untuk bekerja boleh menjalani pemulihan secara percuma sehingga mampu bertugas semula.

“Sejak 2014 sehingga kini, sebanyak 1,373 pesakit telah keluar daripada pusat ini, manakala 824 orang telah kembali bekerja sementara 600 lagi dalam proses mencari pekerjaan,” katanya selepas taklimat media berhubung pusat tersebut yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada 21 April ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi Perkeso, Dr. Hafez Hussain.

Sementara itu, seorang pesakit diabetes dari Pulau Pinang, M. Rama, 49, memberitahu, dia sudah tiga tahun tidak bekerja dengan lapan bulan daripadanya tidak dapat berjalan.

“Bagaimanapun saya sudah hampir dapat berjalan semula seperti biasa setelah menjalani sesi pemulihan di pusat ini. Mereka juga ada memberi satu kaki palsu buatan sendiri,” katanya.

Seorang pesakit dari Kedah, Noor Azam Ahmad, 46, pula berazam untuk kembali bekerja semula demi menyara keluarganya.

“Saya terlibat dalam kemalangan setahun lalu yang menyebabkan saya mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan tulang belakang. Saya mahu kembali semula ke alam pekerjaan kerana perlu menyara isteri dan empat orang anak,” jelasnya.