Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perkenal akta kawal portal, media sosial

EZARUDDIN 2
EZARUDDIN

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Sudah tiba masanya kerajaan memper­kenalkan akta bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutama yang disebarkan oleh portal atau media sosial.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd. Rahman berkata, kebanyakan portal berita dan media sosial kini amat berani menyebarkan berita yang lari dari­pada maksud sebenar, konon­nya berlandaskan kebebasan bersua­ra.

Menurutnya, alasan kebebasan bersuara membuatkan portal be­rita khususnya propembangkang seperti Malaysiakini tidak gentar terhadap amaran pihak berkuasa.

“Kerajaan perlu memperkenalkan akta yang lebih jelas terhadap media-media sosial seperti ini supaya kawalan akan lebih dapat dilakukan,” katanya kepada Ming­guan Malaysia di sini, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dalam ke­nyataannya berkata, kebanyakan laporan Malaysiakini memutarbelitkan fakta hingga menjadi cerita berunsurkan fitnah dan negatif yang boleh menggugat keharmonian negara.

Beliau mencadangkan supaya portal tersebut dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan termasuk ditutup bagi mengelakkan daripada terus mewujudkan budaya menghasut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Me­layu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, beliau bersetuju dengan tindakan tegas terhadap portal-portal berita termasuk Malaysiakini kerana kadangkala tidak mengamalkan etika kewartawanan menerusi persembahan be­ritanya.

Katanya, semua orang maklum bahawa portal tersebut dikuasai pembangkang, namun hal itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengeluarkan berita-berita yang menyemai budaya kebencian.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) wajib bertindak tegas dan segera. Memang peranan pembangkang adalah untuk mengimbangi kerajaan, tetapi Malaysiakini pula yang nampaknya bertindak berlebihan.

“Apa yang diperhatikan, ‘ke­ganasan’ beberapa portal berita dan media sosial ini tidak pernah dihukum, itu sebabnya mereka semakin berani dan biadab,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain