Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, pihaknya memandang serius masalah tersebut yang kini menjadi salah satu isu utama bukan sahaja dalam kala­ngan ahli politik dan kakitangan kerajaan tetapi pelbagai pering­kat masyarakat di negara ini.

Katanya, yang mem­ bimbangkan isu tersebut seolah-olah diambil ringan dan tidak mempunyai jalan penyelesaian.

“Soal integriti tidak hanya terhad kepada kelompok tertentu. Orang selalu beranggapan dan kaitkan dengan ahli politik tetapi sebenarnya tidak.

“Malah ia menjadi serius dan umpama penyakit yang kian merebak. Kali ini biar kita bincang dan selesaikan masalah yang menghantui negara supaya pada masa depan kita dapat lahirkan gene­rasi bebas rasuah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ibrahim berkata, Perkasa juga akan membincangkan ekonomi Me­layu dan aspek-aspek yang mampu menjadi tunggak kepada pencapaian bumiputera dalam persidangan itu nanti.