Ingatan itu disuarakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) susulan keputusan Dr. Mahathir selaku Pengerusi PH mengekalkan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Timbalan Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah Perkasa, Syed Mohd. Shahriman Syed Badrishah berkata, jawatan yang dipegang Ronald sejak 7 Ogos tahun lalu itu harus dilepaskan susulan tindakannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), semalam.

“Kami mengjangkakan akan ada ancaman terhadap integriti Jawatankuasa PAC sekiranya jawatan Pengerusinya tetap dipegang oleh wakil kerajaan.

“Tindakan ini secara tidak langsung membuka ruang dan peluang ke arah ketirisan dalam tadbir urus kewangan negara yang boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada rakyat negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir pada sidang akhbar berkata, Ronald tidak perlu meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC walaupun jawatan itu untuk Ahli Parlimen pembangkang kerana ia tidak membabitkan dasar dalam kerajaan dan sebahagian daripada perlembagaan. - UTUSAN ONLINE