Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah Kementerian Pendidikan memberi penumpuan terhadap aspek itu juga dapat dilihat melalui pelaksa­naan pelbagai kaedah yang dilakukan secara berterusan sejak dahulu lagi.

Menurutnya, ini termasuk tindakan aktif Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang banyak membantu menerbitkan bahan untuk proses pembelajaran dan pe­ngajaran dengan sistematik selain kamus.

“Sebagai contoh, ketika saya bersekolah pada era 1970-an, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dipelajari di sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) bermula darjah tiga, berban­ding sekarang diajar sejak tahun satu.

“Kini saya melihat ibu bapa juga telah ada kesedaran untuk memperbaiki mutu penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan anak mereka ke­rana melihat kepentingannya yang juga sebagai bahasa komersial,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MCA berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program penye­rahan sumbangan cek RM50,000 oleh syarikat Orando Holdings Sdn. Bhd. (Orando Holdings) kepada SKJC Yu Hsien di sini hari ini.

Beliau berkata, perbincangan de­ngan pihak penerbit turut dilakukan untuk mening­katkan proses pembelajaran melalui kaedah e-Learning.

“Kita mendapati ramai pelajar Cina telah mula menguasai bahasa Melayu, walaupun masih terdapat masalah dari segi pertuturan yang tidak lancar dan fasih, namun ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

“MCA juga ada melakukan kaji selidik mengenai inisiatif ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas tuisyen dan mendapati mereka memilih guru terbaik untuk memastikan pembelajaran bahasa Melayu yang berkesan,” katanya.