Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

`Perkampungan Malaysia' di Tanah Suci menuju realiti

2

MEKAH 8 Sept. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan membuat penilaian pelaburan daalam waktu terdekat bagi memastikan pembinaan Kompleks Tabung Haji di Mekah dan Madinah dapat direalisasikan segera.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pelaburan penginapan jangka panjang di Tanah Suci mempunyai kerangka positif, apatah lagi selepas melihat kos pengurusan semakin meningkat yang memerlukan penyelesaian.

"Sebab apa kita perlu mendapatkan penginapan jangka panjang (pembinaan kompleks) kerana di Tabung Haji, sama ada kita suka atau tidak, setiap tahun kita akan terus menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci ini.

"Berdasarkan itu dan melihat kepada aspek kekangan untuk kos dan bagaimana Tabung Haji perlu menangani, maka jalan penyelesaian adalah mendapatkan tapak bagi dibangunkan kompleks pentadbiran dan penginapan jemaah haji ini," katanya di ibu pejabat Tabung Haji bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Kata Johan, secara jangka panjangnya, ia amat praktikal sekali dan kompleks penginapan itu apabila menjadi kenyataan umpama sebuah `Perkampungan Malaysia' di Mekah dan Madinah. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain