Dalam majlis pernikahan anak perempuan beliau di rumahnya malam tadi, Mohd. Yusoff atau dikenali sebagai Pak Yob selamat menerima menantu keenam.

Anak yang ke-11 itu merupakan hasil perkahwinan Pak Yob dengan isteri keduanya, Tara Areeman, 46,

Mohd. Yusoff yang ditemui me­lahirkan rasa gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa selain majlis berlangsung dengan lancar.

“Apatah lagi dapat menghimpunkan ahli keluarga yang besar, cuma dua sahaja anak saya tidak dapat datang kerana berada di luar Perlis,” katanya.

Dalam majlis itu, Nurhalisa Hafira, 15, melangsungkan per­kah­winan dengan pasangannya, Afiq Zaim Alib, 17, yang merupakan seorang peniaga.

Walaupun majlis berlangsung secara sederhana selepas solat isyak, namun tetap meriah de­ngan dihadiri penduduk kampung dan saudara-mara terdekat.

Pada 12 November lalu, kisah Mohd. Yusoff disiarkan Mingguan Malaysia kerana keunikan lelaki itu berkahwin empat dan meletakkan kesemua isterinya di bawah empat buah rumah yang bersambung di bahagian bumbung dan dapur.

Bumbung yang bersambung me­rupakan rahsia kebahagian Pak Yob kerana menjadi lokasi seluruh ahli keluarga besar itu bertemu dan makan pada setiap hari.