Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan duti eksais itu di­sambut baik pihaknya yang sudah tentu membawa kesan positif dalam aspek kesihatan pengguna.

“Aspek yang pa­ling saya gemari da­lam Belanjawan 2019 ini ialah apabila kerajaan membentangkan cadangan untuk duti eksais minuman bergula dikenakan.

“Lebih 20 tahun CASSA minta supaya minuman yang me­ngandungi banyak gula diberikan penekanan, apabila duti eksais ini dikenakan tentunya amat baik dari segi aspek kesihatan pengguna,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019 hari ini bercadang memperkenalkan duti eksais terhadap dua ka­tegori minuman bergula yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum.

Sementara itu, Dr. Jacob menyifatkan Belanjawan 2019 sebagai satu belanjawan mesra rakyat.

“Belanjawan 2019 dilihat berjaya me­rangkumi tujuh ka­te­gori utama melibatkan pengguna ia­itu dengan me­nyentuh aspek kos sara hidup, pengangkutan, perumahan, alam sekitar dan ekosistem, kesihatan, pendidikan dan sumber manusia,’’ katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamad Idris berkata, CAP menzahirkan rasa gembira apabila suara mereka selepas 30 tahun ak­hirnya didengari kerajaan Persekutuan.

Katanya, langkah kerajaan memperkenalkan duti eksais terhadap dua kategori minuman bergula adalah tujuan mengurangkan pengambilan kadar gula tinggi dan menggalakkan rakyat menukar gaya hidup dengan mengambil makanan yang lebih sihat.

Mohamad Idris seterusnya memberitahu, CAP juga akan memboikot semua makanan bergula bersempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada Ahad ini. – BERNAMA