Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perjanjian 10 tahun, Tabung Haji-Al Rawda

MEKAH 4 Sept. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini memeterai perjanjian lanjutan pajakan hotel dengan syarikat Al-Rawda Investment For Real Estate Development & Project Management Ltd (Al-Rawda), pemilik beberapa rangkaian hotel di Madinah dan Mekah untuk tempoh 10 tahun akan datang, tanpa sebarang kenaikan kos sewaan.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, persefahaman itu bertujuan memastikan untuk tempoh mendatang itu, jemaah haji Malaysia dapat mendiami hotel yang hampir dengan Masjid Nabawi di Madinah serta sebuah hotel di Mekah yang berhampiran Masjidilharam.

"Di bawah syarikat Al-Rawda, ini ada lima hotel, satu di Mekah dan selebihnya di Madinah. Hari ini kita memeterai perjanjian bagi dua hotel iaitu Hotel Al-Haram dan Hotel Al Saha, di mana kedua-duanya di Madinah sehingga 2027," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Al-Rawda, Dr. Mashhoor Ali Al Madodi;  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta beberapa Menteri kabinet dan Timbalan Menteri serta pengurusan kanan Tabung Haji.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata, esok beliau dan Ahli Lembaga Pengarah akan ke Madinah untuk melihat berapa lokasi termasuklah tanah kepunyaan Kementerian Kewangan Arab Saudi yang ditawarkan kepada Malaysia dan Tabung Haji untuk dibangunkan kompleks haji di Madinah, selain di Mekah.

"Jika semuanya berjalan lancar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan datang ke Mekah dan Madinah pada bulan Disember ini untuk merasmikan perletakan logo Tabung Haji dan menyaksikan majlis tandatangan perjanjian pembinaan Kompleks Tabung Haji ini.

"Tabung Haji mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa prihatin dan turun padang membantu Tabung Haji dan jemaah haji mendapatkan pelbagai keistimewaan hasil hubungan baik beliau (Najib) dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain