Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peringatan jangan sentuh kesucian Islam

Solidariti bukti umat Islam boleh bersatu – Mufti

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Himpunan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) yang dihadiri kira-kira 20,000 orang semalam boleh dianggap sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak cuba menyentuh atau mempermainkan kesucian Islam.

Abdul Rahman Osman

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, solidariti yang ditunjukkan itu juga membuktikan umat Islam di negara ini boleh bersatu padu dalam soal menegakkan syiar agama.

“Ini adalah satu usaha menegakkan (syiar) agama dan hukuman yang dipinda dalam RUU 355 sebenarnya menepati kehendak syarak. Justeru, sesiapa yang menentang adalah berdosa kerana cuba menentang hukum Allah.

“Himpunan ini juga memberi kesedaran bahawa soal agama Islam tidak boleh diusik. Lihatlah apabila tiba-tiba dicabar, umat Islam akan bersatu mempertahankan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Himpunan RUU 355 yang bertujuan menyokong pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 diadakan di Padang Merbok di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad memberitahu, semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh ribuan umat Islam dalam Himpunan RUU 355 menandakan aspek agama mampu menyatupadukan masyarakat.

“Setiap umat Islam yang hadir dalam perhimpunan tersebut mempunyai keazaman untuk mempertahankan agama dan ternyata ramai yang tidak memandang ringan terhadap isu RUU 355.

“Ini soal maruah agama dan tiada sebab untuk orang Islam tidak menyokongnya,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain