Kesemua mereka berkumpul selepas bergerak secara berasingan dari Masjid Negara, di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.

Tinjauan mendapati, lebih 100 peserta himpunan yang rata-ratanya adalah pelajar universiti tempatan antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, seramai 65 anggota dikerah ke lokasi perhimpunan.

"Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kita akan siasat dulu apa motif sebenar perhimpunan mereka," katanya.

Tambahnya, polis juga akan panggil penganjur untuk membantu siasatan sekiranya perlu. - UTUSAN ONLINE