Jaminan itu telah diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas menghadiri mesyuarat bersama senator-senator Barisan Nasional di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, perhimpunan yang akan dianjurkan nanti dengan rusuhan yang telah berlaku merupakan dua perkara berbeza.

”Ia merupakan dua isu berbeza. Apa yang berlaku di Subang tidak ada perkaitan dengan ICERD.

“Kami panggil ia perhimpunan aman dan saya telah pun sebutkan, Pas sudah sebutkan dan pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah sebutkan bahawa ia (perhimpunan) bagi meraikan kejayaan penolakan ratifikasi ICERD di pihak kerajaan. Jadi, tidak salah kita raikannya,” katanya. -UTUSAN ONLINE