Persidangan tiga hari bertemakan “Transformasi Negara melalui Kreativiti dan Inovasi” akan memberi tumpuan kepada kreativiti dan inovasi dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar dan inisiatif negara.

Persidangan yang bermula hari ini itu diadakan bersempena dengan Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melibatkan sesi perbincangan pemimpin-pemimpin negara, penceramah terkenal dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dari seluruh dunia.

Kira-kira 3,000 peserta dari seluruh dunia termasuk pemimipin-pemimpin negara luar menghadiri persidangan itu, termasuk pemimpin negara dari negara anggota Komanwel, negara-negara ASEAN dan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). - UTUSAN ONLINE