Ardern, 37, yang mengambil alih pentadbiran New Zealand pada Oktober lalu, adalah pemimpin kedua di dunia yang melahirkan anak ketika memegang jawatan perdana menteri.

Beliau mengikut jejak langkah Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto yang melahirkan anak pada 1990 ketika masih memegang jawatan berkenaan. - AFP