Perdana Menteri berkata, ketika ini kadar produktiviti pekerja Malaysia berada pada kadar 2.3 peratus setahun dan tindakan segera perlu dilakukan untuk meningkatkan kepada empat peratus setahun.

“Saya menggesa semua pihak mengambil tanggungjawab ini kerana produktiviti adalah nilai terpenting. Kita mahu pekerja kita mempunyai pelbagai kemahiran, serba boleh dan berbakat,” katanya ketika berucap sempena lawatannya ke Kolej Institut Teknologi Pekerja (WIT) di sini hari ini.

Sempena lawatan tersebut, Najib turut mengumumkan bantuan dana RM4 juta kepada Kolej WIT. - UTUSAN ONLINE