Pada gambar yang mendapat lebih 37,000 like itu, Perdana Menteri turut menulis petikan bersahaja, Abang Long Fadil jumpa manja-manja lentok kepala pula.

Pemilihan sembilan gambar terbaik itu cukup digemari oleh pengguna Instagram untuk me­ngumpulkan sembilan gambar pilihan terbaik pemilik akaun, yang turut menampilkan gambar yang paling banyak mendapat like dalam tempoh setahun.

Antara gambar lain yang turut tergolong antara sembilan yang terbaik akaun Perdana Menteri ialah ketika beliau bersama skuad ragbi dan pasukan bola jaring negara yang berjaya merangkul emas pada temasya Sukan SEA Ke-29 yang berlangsung pada Ogos lalu.

Gambar swafatonya bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan juga mendapat like yang banyak selepas atlet negara itu merangkul emas untuk negara pada dalam acara lari 100 meter Sukan SEA Ke-29, sekali gus dinobatkan sebagai Raja Pecut Asia Tenggara.

Beberapa lagi gambar ialah ketika beliau bersama cucunya, Adam Razak, gambarnya sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2017 serta semasa pembentangan Bajet 2018.

Selain itu, gambar beliau menikmati pemandangan laut di Maldives ketika lawatan rasmi ke negara itu serta gambarnya meluangkan masa melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur pada 17 November lalu menjadi gambar paling popular di akaun Instagramnya sepanjang 2017.