Beliau yang mencatat sejarah tersendiri selepas dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada pukul 8.30 pagi.

Sebelum ini, sejak beliau memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu bersama Pakatan Harapan (PH), semua mesyuarat bersama pegawai kanan kerajaan termasuk kunjungan hormat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini.

Difahamkan, selepas perjumpaan tersebut Dr. Mahathir akan menghadiri majlis angkat sumpah ahli Kabinet baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara pada pukul 11 pagi.

Majlis itu diadakan selepas pengumuman secara rasmi senarai 15 ahli Kabinet di bawah PH iaitu PPBM, PKR, DAP dan PAN, kelmarin. - UTUSAN ONLINE