Duta UAE ke Malayisa, Khalid Granim Mohammad Al-Ghaith berkata, melihat kepada kejayaan mencapai tahap kerjasama strategik itu, pihaknya berminat untuk mengukuhkan lagi hubungan sedia ada dengan Malaysia.

“UAE adalah rakan dagangan terbesar Malaysia di Asia Barat dan telah mengeksport produk Malaysia ke pasaran global dengan nilai RM14.59 bilion.

“Selain itu, UAE turut bekerjasama dengan Malaysia untuk membantu kem pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh khususnya melalui penyediaan peralatan perubatan dan kenderaan hospital,” katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan ulang tahun ke-47 Hari Kebangsaan UAE di sini.

Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. - UTUSAN ONLINE