Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Percubaan pertama membuahkan hasil

IDRIS JUSOH menyampaikan replika cek kepada pemenang tempat pertama dari UIAM di majlis Penyampaian
IDRIS JUSOH menyampaikan replika cek kepada pemenang tempat pertama dari UIAM di majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Multimedia (Mulvec) Siri 1 di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya, semalam. Turut hadir Noorul Ainur Mohd. Nur, Abdul Aziz Ishak, Zulkefli Hamzah dan Mizan Hitam (dua dari kanan).

PUTRAJAYA 17 Mei - Percubaan kali pertama tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyertai Pertanding­an Video Multimedia (Mulvec) 2017 membuahkan hasil apabila mereka diumumkan johan dalam pertandingan tersebut.

Menggunakan tema Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai kandung­an video yang berdurasi empat minit itu telah berjaya memikat juri untuk memilih mereka.

Ketua Pasukan, Ahmad Arif Ahmad Shauqi, 23, berkata, kumpulannya tidak sangka mendapat tempat pertama walaupun pada mulanya mereka hanya sekadar ‘suka-suka’ menyertai pertan­dingan melibatkan semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu.

“Kami mengambil masa selama dua minggu untuk menyiap­kan video pendek dengan menggunakan kekuatan sendiri tanpa bantuan lain termasuk kerja penggambaran.

“Alhamdulillah dalam tempoh yang singkat, akhirnya video ini berjaya disiapkan dan menepati kriteria ditetapkan pihak penganjur pentandingan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain Ahmad Arif, pasukan pelajar UIAM disertai Raja Muhammad Haqimi Raja Aris Fadilah, 23, dan Mohammad Abrar Shahrin, 25, yang masing-masing merupakan pelajar Kuliy­yah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar.

Terdahulu, mereka menerima wang tunai RM10,000 yang di­sampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dalam Majlis Penyampaian Hadiah Mulvec 2017 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Utusan Online.

Menurut Ahmad Arif, pihak­nya ingin mengetengahkan tanggungjawab membayar semula pinjaman PTPTN menerusi video itu di dalam kalangan para pelajar agar mereka melunaskannya selepas tamat pengajian.

“Sejak kebelakangan ini terdapat orang ramai gagal membayar semula PTPTN walaupun mereka mampu berbuat demikian.

“Namun kami berharap video ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana betapa pentingnya membayar semula pinjaman PTPTN agar pelajar lain dapat menggunakannya pada masa hadapan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain