Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Percepat kenaikan gred pengarah pendidikan negeri

Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Menteri Besar Johor Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan replika cek bernilai RM2.1 juta kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharudin Sharif (kiri) pada perasmian Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-46/2017 di Kompleks Sukan Educity hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. BERNAMA

ISKANDAR PUTERI 16 Mei - Gred jawatan sebahagian daripada pengarah pendidikan negeri yang kini bertaraf Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C wajar dinaikkan kepada JUSA B.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kenaikan gred itu juga wajar diberikan kepada sebahagian daripada pegawai pendidikan daerah (PPD) di seluruh negara.

“Kenaikan gred ini misalnya, boleh dimulakan di Johor, memandangkan jumlah guru di nege­ri ini yang ramai dan ditadbir urus oleh Pengarah Pendidikan negeri.

“Justeru, kementerian berharap agar perkara mengenai kenaikan gred pengarah pendidikan negeri ini dapat dipercepatkan,” katanya dalam majlis pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 di Kompleks Sukan Educity di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, hingga kini terdapat seramai 435,000 guru yang mengajar di seluruh negara.

“Mereka ini berikrar bahawa kejayaan murid-murid tetap diberi keutamaan dalam pendidikan. Malah, guru juga boleh menjadi pembina negara bangsa,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak berkaitan supaya terus memberi sokongan dan bantuan kepada guru-guru dan sekolah sama ada dari segi pandangan, kemahiran mahupun kewangan untuk melonjakkan prestasi pendidikan anak-anak.

“Teruslah memberi komitmen jitu demi memartabatkan sistem pendidikan negara agar menjadi sistem yang terunggul di dunia.

“Semoga kerjasama erat dan padu serta sokongan daripada semua pihak berkepentingan akan meningkatkan taraf pendidikan negara untuk kejayaan generasi masa depan dan kemajuan negara kita,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain