KOTA BAHARU, 5 April -- Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad
Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Justeru itu, walau dalam apa jua keadaan sekalipun, adalah tidak layak bagi seorang hamba untuk mengandaikan dirinya sebagai pencipta.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, manusia hanya dibolehkan membuat perbandingan di antara makhluk dengan makhluk sahaja.

Ujarnya, sebagai seorang yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah, perihal melibatkan akidah sama ada da-ripada segi percakapan atau perbuatan perlu diteliti dengan sebaiknya.

“Meluahkan kata-kata seperti itu sama seperti tidak beradab dengan tuhan. Seolah-olah tidak berpuas hati dengannya bahkan berani menyalahkan pula ketentuan Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Mai-din yang lantang menyebut “kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu,” yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, petang semalam.

Ahli parlimen daripada Pakatan Harapan diketuai DAP itu juga tanpa segan silu turut berkata, “sebab saya tak tu-han, tuhan jadikan juga orang macam kamu,” ujarnya lantang sambil menepuk dada kiri dan menuding ke arah Ab-dul Azeez. - UTUSAN ONLINE