Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya menyasarkan 70 peratus keluar mengundi dalam PRK kali ini dan berharap orang ramai dapat keluar awal berikutan cuaca yang agak baik pada pagi ini. . 

“Jumlah sembilan peratus itu memang sedikit rendah dan jika dibandingkan dengan pilihan raya umum lalu tentu jumlah ini amat rendah. 

“Saya ingin menyarankan kepada pengundi seawal mungkin kalau lambat dibimbangi akan hujan, cuaca ketika ini baik, redup dan tidak panas,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, SPR memaklumkan peratusan keluar bagi sehingga jam 10 pagi adalah 17 peratus. 

Sementara itu Azhar menjelaskan proses pengundian setakat ini namun pihaknya menerima laporan terdapat dua pihak dengan lambang dan bendera parti menempatkan kumpulan mereka di hadapan pusat mengundi di SK Teluk Kemang. - UTUSAN ONLINE