Kira-kira 1,400 atlet yang merupakan kakitangan Mahkamah Syariah di negeri masing-masing terlibat dalam perbarisan tersebut yang berlangsung kira-kira 30 minit sebelum temasya tersebut dirasmikan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau percaya penganjuran temasya tersebut adalah suatu wasilah untuk menggilap bakat dan mempertaut persaudaraan dalam kalangan warga institusi perundangan dan kehakiman syariah seluruh negara.

"Saya percaya penganjuran temasya sukan dwi-tahunan ini, ianya dapat membina dan melahirkan anggota kerja yang sihat dan mampu memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat serta negara.

"Hal ini kerana kesihatan merupakan antara faktor paling penting dalam menjamin kesempurnaan dan kualiti kerja," katanya ketika berucap merasmikan temasya tersebut di Stadium Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar dan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut. - UTUSAN ONLINE