Mentang-mentanglah dia pernah ada pengalaman menjadi jurulatih, jadi dengan mudah dia mahu orang sekeliling mengikut telunjuknya.

Daripada soal remeh temeh hinggalah membuat keputusan yang besar, mulutnya itu pasti akan membebel kalau orang tak ikut cakapnya.

Kalau layan, habis semua bahasa dalam dunia ini akan dikeluarkan. Pemarah sangat dia ini. Dan itulah perangai semula jadi sejak dulu.

Walaupun selepas namanya agak suram sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Miss J dapat tahu yang dia masih dengan perangainya lamanya itu. Malah khabarnya semakin menjadi-jadi.

Artis ini dengan mudah melenting kalau pekerjanya lambat melunaskan tugas yang diberikan. Deadline kena jaga, kalau tidak berbakul-bakul makian singgah di telinga.

Entahlah, sampai bila artis ini mahu insaf. Lagipun dia bukan lagi muda dan kudratnya itu juga semakin kurang.

Bimbang juga kalau dia berterusan begitu, nanti tak ada siapa nak tolong dia pada saat-saat hujung hayatnya nanti.

Bukannya apa, takut tiada siapa berani nak mendekatinya.

Tak kuasa nak tadah telinga mendengar satu demi satu bebelan artis ini.