Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu disampaikan wakil pihak Kerajaan Perancis ketika menerima kunjungan Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche di Perbendaharaan, di sini hari ini.

"Beliau (Frederic) juga memberi sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Malaysia yang baharu dalam mempromosikan ketelusan dan pendedahan skandal kewangan di mana kebenaran serta keadilan harus menjadi tunjang utama.

"Perbincangan menarik dengan Duta Perancis mengenai kepentingan bersama yang dapat memupuk hubungan rapat antara rakyat kedua-dua belah negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.