Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, peranan mereka adalah mendidik kanak-kanak pada peringkat awal untuk memastikan generasi masa depan negara mempunyai asas agama yang kukuh.

Beliau berkata, asas agama amat penting kepada generasi muda dalam membentuk jati diri dan menjadi insan yang berguna kepada negara.

“Guru-guru KAFA mempunyai peranan yang amat besar dan saya menyeru kepada mereka supaya memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak.

“Tanpa asas agama yang kukuh mereka akan mudah terjebak dengan pelbagai pekara negatif yang akhirnya akan meruntuhkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Guru-Guru KAFA Parlimen Kota Bharu 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini hari ini.

Pada majlis tersebut beliau menyampaikan watikah kepada sebanyak 360 guru-guru KAFA di Parlimen. - UTUSAN ONLINE