Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, hal itu berikutan kerajaan Malaysia mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sehubungan itu, calon peperiksaan yang terlibat dikehendaki menyemak notis kemasukan calon (admission notice) yang telah dikemas kini oleh UoL bagi memastikan jadual dan tarikh peperiksaan yang terkini,” katanya. – UTUSAN ONLINE