Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, berlaku peningkat sebanyak 2,383 calon atau 3.15 peratus berbanding jumlah calon tahun lalu iaitu 75,543.

“Daripada jumlah itu pula sebanyak 226 calon berkeperluan khas termasuklah orang kelainan upaya (OKU) masalah penglihatan, OKU fizikal dan OKU pertuturan.

“Sehubungan itu sebanyak 492 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negeri dengan seramai 5,684 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar”, kata kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru di sini hari ini.

Mohd. Salleh dalam pada itu berkata, sebanyak 18,420 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) turut menduduki peperiksaan di seluruh Selangor hari ini.

“Setakat hari ini peperiksaan berjalan lancar dan tiada masalah bencana alam termasuk banjir,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE