Menurut kenyataan MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn. Bhd., penyusunan lorong sejauh 100 meter bermula dari lot kedai Pekan Lama Kepong sehingga Shell Kepong itu dibuat selama 24 jam setiap hari berikutan kerja-kerja penyambungan paip air dan kerja yang berkaitan.

Sebanyak dua lorong akan dikekalkan untuk pemandu yang menuju ke arah Sungai Buloh. - BERNAMA