Perasaan  itu jelas terpampang di raut wajah anak jati kelahiran Perlis itu apabila hampir 14,000 peminat setia TRW membanjiri gelanggang keramat mereka selepas sekian lama 'kosong' gara-gara prestasi terumbang-ambing yang diperagakan oleh pasukan sepanjang musim ini.

Tanpa berselindung, Yusri mendedahkan tujuh bulan beraksi tanpa kehadiran ribuan penyokong di Kota Bharu bukanlah satu tugas mudah buat dirinya.

"Alhamdulillah selepas tujuh bulan, mereka (penyokong) kembali semula bersama kita. Jesteru saya berharap para pemain terus memberikan aksi terbaik dalam kancah Piala Malaysia musim ini," katanya.

Pada perlawanan tersebut, tonggak pertahanan Baktyiar Duishobekov meletakkan Kelantan dihadapan pada minit ke-29 sebelum Nik Akif Syahiran Nik Mat menghadiahkan kemenangan menerusi sepakan penalti di babak-babak akhir separuh masa pertama.

Terdahulu, pada minit ke-39, Sabah dirundung malang apabila terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas Randy Baruh dilayankan kad merah dan seminit berselang, Herman Peter menjaringkan gol saguhati buat pasukannya. -UTUSAN ONLINE