Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan berkata, sebanyak 550 syarikat pempamer daripada 38 negara akan menyertai LIMA 2017.

“Dijangka penyertaan adalah lebih tinggi daripada negara-negara terlibat berbanding penganjuran LIMA 2016, sekali gus menyaksikan suasana yang lebih meriah termasuk peningkatan jumlah pengunjung yang bakal hadir.

“Kerja-kerja penyediaan juga giat dijalankan ketika ini bagi memastikan penganjuran berjalan lancar, selain memastikan keselamatan pengunjung terjamin sepanjang pameran berlangsung,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Serah Terima Tugas Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE