Kejayaan tersebut adalah se­laras dengan slogan 'Mema­syarakatkan Teknologi' de­ngan para penyelidik universiti ber­kenaan memberi tumpuan serius untuk menghasilkan inovasi yang berpotensi dikomersialkan bagi manfaat rakyat.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, kejayaan hasil inovasi UMP baru-baru ini yang memenangi kategori produk Anugerah Inovasi Negara (AIN) pada National Innovation and Creative Economy (NICE) 2017 membuktikan penyelidikan universiti tersebut diiktiraf terbaik.

Kejayaan itu, kata beliau, adalah hasil produk PISOPTERA berteknologi hijau pertama di Malaysia yang mesra alam dan sangat sesuai digunakan dalam masalah berkaitan sera­ngan anai-anai.

“UMP Ecopest Sdn. Bhd. me­ru­pakan syarikat terbitan UMP dalam mengkomersialkan produk kawalan anai-anai dan produk kawalan serangga.

“Lebih membanggakan, syarikat terbitan (spin-off) iaitu UMP Ecopest Sdn. Bhd. yang memasarkan produk kawalan serangga perosak iaitu PestKilla dan UMP Keraglow Sdn. Bhd. yang mengkomersialkan keratin daripada bulu ayam dianugerahkan QB3 Startup Acknowledgement Certificate pada Anugerah Inovasi Bioekonomi 2017,” ujarnya.

Dalam pada itu, UMP tidak ha­nya menumpukan kepada peranan utamanya sebagai sebuah universiti teknikal untuk melahirkan cendikiawan tersohor, namun mengerakkan kerja-kerja kemasyarakatan dalam kalangan warganya.

Menurut Daing Nasir, meskipun berlaku beberapa perubahan dari segi fungsi akademik dan peranan sosialnya, semangat asal penubuhannya sebagai ejen transformasi masih kekal.

Sebagai sebuah menara ga­ding yang melewati parameternya, kata beliau, UMP menggerakkan kerja-kerja amal melalui projek Universiti Komuniti dan ini­siatif MyGift secara besar-besaran da­lam memasyarakatkan universiti berkenaan menerusi pengetahuan dan teknologi.

“Projek ini merupakan ke­sinambungan daripada kejayaan pelaksanaan program 'Empower Mahkota' oleh Majlis Pemba­ngunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama UMP Advanced Education dan Persatuan Wanita UMP atau Matahari sejak 2011.

“Ia melatih dan melahirkan u­sahawan dalam kalangan peserta isi rumah berpendapatan rendah (B40) iaitu masyarakat sekitar Pekan dan Kuantan,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya memilih sebuah perkampungan nelayan iaitu Kuala Pahang yang terletak berhampiran kampus untuk melakukan beberapa proses transformasi menerusi projek pemba­ngunan fizikal dan infrastruktur bagi pembinaan Kompleks Medan Ikan Bakar yang diselia oleh pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam.

Kata beliau, projek yang diberi nama Facelift UMP tersebut me­ngenal pasti lebih 40 buah rumah di lokasi berkernaan untuk dibaik pulih dan dicat termasuk melakukan kerja-kerja pembersihan serta pengindahan kawasan kediaman.

“Usaha ini bagi mengubah wajah dan identiti Kuala Pahang sebagai perkampungan nelayan yang menyokong inisiatif pendidikan pelancongan dan Strategi Lautan Biru Kebangsan (NBOS) dengan menjadikan sasaran lokasi tersebut sebagai salah satu destinasi tum­puan.

“Hasrat menjadikan Kuala Pahang sebagai pilihan pelancong dalam dan luar negara adalah untuk meningkatkan ekonomi masyarakat sekitar sekali gus mengubah landskap dan sosialpenduduk,” katanya.