Itulah tiga kesalahan yang dikesan dilakukan pemandu bas semasa penyamaran yang dilakukan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang sepanjang Op Khas Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah JPJ negeri Mohamat Johari Mat Nor berkata, pihaknya telah menaiki 26 buah bas ke pelbagai destinasi semasa melakukan aktiviti terbabit yang bermula 8 Jun lalu.

"Selain itu sebanyak 191 buah bas diperiksa di Terminal Sementara Penang Sentral dan Terminal Bas Sungai Nibong selain 19 bas diperiksa dan depoh oleh pihak JPJ manakala 60 bas pula diperiksa oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

"Daripada 60 yang diperiksa itu, 11 daripadanya dikesan melakukan kesalahan antaranya tayar haus, cermin gelap, tempat duduk tambahan tanpa kebenaran dan beberapa kesalahan lain," katanya ketika mengadakan pemeriksaan di Terminal Sementara Penang Sentral, di sini malam tadi.

Tambahnya, pihak JPJ juga mengadakan Op Khas Motosikal pada dua hari sebelum dan dua hari selepas hari raya bagi mengesan pengguna motosikal yang merupakan penyumbang utama kematian akibat kemalangan jalan raya. - UTUSAN ONLINE