Pertandingan membabitkan dua kategori iaitu cetakan dan video pendek itu disertai 164 peserta dan dianjurkan oleh Guar­dian Malaysia sempena mem­perkenalkan rangkaian pem­bersih mulut Guardian yang baharu.

Kategori cetakan diungguli oleh Lim Wei Xuan, manakala tempat kedua dimenangi Yuki Inada dan Sara Moeti meraih tempat ketiga, masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.

Pemenang saguhati bagi ka­tegori sama dimenangi oleh Zarul Ikmal Razi Aziz dan V. Sharanraj yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 setiap seorang berserta produk pembersih mulut tajaan Guardian.

Bagi kategori video pendek pula dimenangi oleh Goh Lin Hua dan K. Kheerthana di tempat kedua manakala tempat ketiga milik Ghalib Mohamed Ali yang membawa pulang masing-masing RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.

Pemenang saguhati bagi kategori itu dimenangi Hei Ee Lin dan James Wendy Kesuma serta Kim Soo Hyun dengan hadiah wang tunai RM500 setiap seorang berserta produk pembersih mulut tajaan Guardian.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Kanan Pemerkasaan Industri, Universiti Limkokwing, Datuk Raja Aznil Raja Hisham dalam majlis ringkas yang diadakan di universiti berkenaan di sini, hari ini.

Raja Aznil ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan berkata, penyertaan penuntut Limkokwing dalam pertandin­gan tersebut amat positif kerana mendedahkan mereka kepada cabaran seperti di alam pekerjaan sebenar.

“Melalui pertandingan ini, penuntut kami dapat memahami tingkah laku rakyat Malaysia atau rakyat negara masing-masing ataupun boleh melihat dari segi perspektif budaya dan amalan yang berbeza. Mereka juga mendapat pendedahan industri,” katanya.

Kempen itu antara lain bertujuan memperkasakan penuntut Universiti Limkokwing dalam menginterpretasikan tema Fresh Breath for Malaysia dengan cara paling kreatif yang menyerlahkan aura positif kepada masyarakat.