Mayat Muhammad Haziq Hamidi, 19, dari Balok di sini yang dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan arus ketika mandi di kawasan perkelahan itu petang semalam ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat kiri-kiri pukul 12.40 tengah hari.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan kira-kira pukul 12.05 tengah hari semalam.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

“Operasi terpaksa ditamatkan pada pukul 7 petang semalam dan disambung semula kira-kira pukul 7.30 pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Sani memberitahu, mayat Muhammad Haziq ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 12.40 tengah hari kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa ditemukan terdampar di beting pasir belakang rumah pam Simpang Mayong dan di­serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.