Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Wasitah Mohd. Yusof berkata, penuntut IKBN akan mendapat banyak manfaat hasil dari penglibatan mereka bersama komuniti setempat.

Menurutnya, khidmat komuniti juga bermanfaat bagi membentuk sikap prihatin dan menggalak penglibatan golongan belia untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

"Penuntut IKBN boleh menggunakan kemahiran mereka di dalam bidang seperti elektrik, hiasan dalaman dan lain-lain untuk membantu masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Touch Point Bersama Warga Parlimen Kuala Langat di Pangkalan Nelayan Seri Tanjung, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE