Mohd. Razali Ismail, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.40 petang sewaktu mangsa yang beralamat di Kampung Sungai Pelong, Bandar Permaisuri dalam perjalanan menghala ke arah Setiu.

IC mangsa Mohd. Razali Ismail. - UTUSAN ONLINE

IC mangsa Mohd. Razali Ismail. - UTUSAN ONLINE

Setiba di lokasi nahas di atas jambatan Kampung Lingai, mangsa dikatakan cuba membrek motosikalnya bagi mengelak terlanggar kenderaan di hadapannya sebelum mangsa terjatuh di atas jalan raya.

Pada masa sama, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di belakang turut gagal mengelak lalu melanggar mangsa mengakibatkannya cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE